Tuesday, 12 July 2011

IMAM ABU HANIFAH

Riwayat Hidup

a. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 Masihi di Kufah semasa
    pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
b. Nama sebenarnya ialah An-Nukman bin Thabit.
c. Imam Abu Hanifah rahimullah berasal daripada bangsa Parsi.
d. Beliau digelar "Abu Hanifah" kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu
    pengetahuan yang dipelajarinya.
e. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di dalam penjara
    ketika berumur 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad.
f.  Beliau adalah pengasas "Mazhab Hanafi".

Sifat-sifat Peribadi

a. Imam Abu Hanifah mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi.
b. Beliau berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran.
c. Beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tanpa
    mengira usia, pangkat dan darjat.
d. Imam Abu Hanifah seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya.
e. Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah S.W.T., warak, qana’ah dan tidak tamak pada harta
    kekayaan.
f. Beliau juga seorang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam.

Pendidikan

a. Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan.
b. Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas bin
    Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.
c. Beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in.
d. Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir
    dalam bidang sastera.
e. Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.
   Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu
    kepada orang ramai.

Sumbangan dan Jasa

.a Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.
b. Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan
    antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.
c. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal
    fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran
     atau hadis nabi.
d. Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun
    ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun
    kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.
e. Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:
     i.Fikah Akbar.
     ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.
     iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.
e. Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India,
    Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.

No comments:

Post a Comment