Monday 19 September 2011

Riwayat Hidup
a.Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
b.Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
c.Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767
Masihi di Ghazzah, Palestin.
d.Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya,
Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan
e.Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab
Syafie".
f.Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820
Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
Peribadi
a.Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita
tinggi.
b.Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
c.Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku,
berpakaian atau cara makan.
d.Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya
terlepas daripada hukuman pancung.
e.Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
f.Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan
dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.
g.Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam
berbagai-bagai bidang.
2
h.Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa
menolong orang yang memerlukan bantuan.
Pendidikan
a.Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar
biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz
Al-Quran.
b.Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok,
karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua
puluh tahun.
c.Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab
sehingga mahir dalam bidang penulisan.
d.Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian
agama di Masjidil Haram.
e.Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara
lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya
termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
f.Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau
membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
i.1/3 malam untuk berehat.
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
iii.1/3 malam untuk beribadat.
g.Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau
muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat
memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.
Sumbangan
a.Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran,
hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
b.Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam
kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu
kaum.
3
c.Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul
fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum
daripada Al-Quran dan hadis.
Kitab-kitab tersebut ialah:
a.Abtal Al-Istihsan.
b.Ahkam Al-Quran.
c.Ar-Risalah.
d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab
tersebut ialah;
i.Al-Mukhtasar Al-Kabir.
ii.Al-Mukhtasar as-Saghir.
iii.Al-Farid.
iv.Al-Umm.
e.Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang
perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
i.Al-Masnad.
ii.Al-Amali.
iii.Ikhtilaf Al-Hadis.
f.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam
bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi
sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
g.Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China,
Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu,Indonesia, Singapura dan
Malaysia.

Monday 5 September 2011

Imam Ghazali

Riwayat Hidup
a. Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at- Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).
b.Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad   Al-Ghazali.
c.Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.
d.Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.
e.Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.
f.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.


Peribadi
a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.
b.Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.
c.Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.
d.Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan.
e.Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.


Pendidikan 
a.Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin. Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.
b.Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang-bidang tersebut.
c.Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Al- Razkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jorjan.
d.Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah dilantik
   menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad.
e.Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesirdan Jerusallam untuk mendalami ilmu falsafah yang dipelajarinya.
f.Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin" yang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa kini. 


Sumbangan
a.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.
b.Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya.
c.Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.
d.Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf.
e.Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti  Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.
f.Kebanyakkan hasil-hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian pengkaji-pengkaji Barat menganggap, Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah. Antara hasil-hasil karya beliau yang lain termasuklah:
  i. Ihya Ulumiddin.
  ii. Al-Munqiz Min ad-Dalal
  iii. Mizanul-amal.
  iii.Tahafut al-Falasifah
  iv.Hidayah Al-Salikin
  v.Jawahir Al-Quran.
  vi. Minhaj al-Abidin
  vii. Asma Allah al-Husna
  viii. Ayyuha al-Walad
  ix. Kimia as-Sa’adah.

Teka-Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ).
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
 Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab “Pedang “
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.